Follow us

06 February 2010

My Primary School

Aku bersekolah rendah di Sek. Ren. Keb. Methodist Tanjung Rambutan atau lebih dikenali dengan nama SRK Methodist Tg. Rambutan. Kini nama khas tersebut telah sedikit berubah menjadi Sekolah Kebangsaan Methodist Tg. Rambutan.

Pada tahun 1987, aku telah memasuki alam persekolahan di sekolah tersebut sehinggalah taman persekolahan darjah enam pada tahun 1992. Keputusan UPSR aku? Hehe... Masih tersemat dalam kotak ingatan aku walaupun sijil UPSR sudah hilang.

Masihkah anda ingat siapa Guru Kelas anda ketika bersekolah rendah dahulu? Guru kelas aku dari tahun 1987 - 1992 ialah: -
Tahun 1987 - Kelas 1 K - Cikgu Chooi
Tahun 1988 - Kelas 2 K - Cikgu Chooi
Tahun 1989 - Kelas 3 K - Cikgu Chooi
Tahun 1990 - Kelas 4 C - Cikgu Zain
Tahun 1991 - Kelas 5 Bunga Raya - Cikgu Noraidah
Tahun 1992 - Kelas 6 Bunga Raya - Cikgu Noraidah

Aku tak banyak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum pada zaman persekolahan kerana aku seorang yang pasif dan pemalu. Hehe... Tapi apa yang aku ingat ialah nasi lemak di kantin begitu sedap dan lazat sehingga tak sabar nak ke kantin untuk menikmatinya.

Bagaimana hendak mengenalpasti sesebuah sekolah itu sekolah rendah atau menengah? Mudah saja, lihat pada bumbung sekolah tersebut. Jika bumbung berwarna merah itu bermakna sekolah rendah dan jika bumbung berwarna hijau itu bermakna sekolah menengah.

3 comments:

  1. as salam
    saya pun bekas pelajar SRJK methodist tg rambutan ( 1974 -1979 ) dan cikgu Zain pernah jadi guru kelas masa darjah 3. Kat mana cikgu zain skrg?

    ReplyDelete
  2. http://www.facebook.com/photo.php?fbid=4676310392091&set=a.4676310152085.2194506.1423652283&type=1&theater

    ReplyDelete