Pagi tadi bersarapan pagi di belakang apartment bomba berdekatan Stadium Perak. Ini adalah kali ke-2 aku bersarapan di sini. Suasana di sini pun 'quite okay'. Walaupun berada di belakang apartment tapi pengunjung tetap ramai. Mungkin ada sesuatu yang istimewa di sini.
Menurut sumber-sumber yang aku dapat, kebanyakan peniaga makanan di sini adalah terdiri daripada penghuni apartment itu sendiri. Apartment itu pula adalah untuk kakitangan bomba. Jadi boleh aku simpulkan peniaga di sini adalah terdiri di kalangan isteri-isteri ahli bomba. Hehe...
Aku telah sarapan pagi bersama 'driver' setelah melawat tapak. Pagi tadi aku dah sarapan pagi di rumah tapi aku masih lapar lagi. Barangkali pagi tadi makan sikit sahaja agaknya.
Aku telah memesan char koew teow dan air kegemaran aku, iaitu kopi 'o' ais. Kebiasaannya orang akan memakan char koew teow pada waktu petang atau malam tapi aku makan pada waktu pagi. Bagaimanakah rasa char koew teow di situ? Setuju untuk aku mengatakan rasa char koew teow yang disajikan memang sedap. Memang terbaik dan aku 'rate' 4 bintang untuk char koew teow itu.
Aku tak pasti sama ada gerai makan di situ di buka pada waktu malam atau tidak. Tapi sekiranya anda ingin bersarapan pagi silalah cuba rasa kudapan pagi di 'gerai belakang bomba'.

No comments:
Post a Comment