Aku mengambil keputusan dan kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina ini untuk menemani isteri pulang ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Sebelum ini aku masih belum pernah menemani beliau pulang. Selalunya beliau yang akan pulang sendirian.
Perjalanan untuk ke KL agak lancar dan lengang. Ia begitu memudahkan perjalanan aku. Namun, perjalanan dari KL ke utara jalan begitu sesak. Aku perhatikan di sepanjang lebuhraya penuh dengan kenderaan. Jalan 2 lorong sudah jadi 3 lorong. Lorong kecemasan pun penuh dengan kenderaan.
Memandangkan aku ke KL pada 13/2/2010 dan dijangka balik ke Ipoh pada 15 atau 16/2/2010, maka aku tidak perlu fikirkan dengan kesesakan di lebuhraya dan di dalam bandar. Ramai warga kota mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung. Aku pula mengambil kesempatan untuk ke KL kerana aku tahu di KL akan kurang kesesakan di waktu cuti perayaan sebegini.
I hate traffic jammed. Semua orang tak suka pada 'traffic jammed'. Aku dah jenuh lalui keadaan 'traffic jammed' setiap hari ketika tinggal di ibukota suatu ketika dulu. Jika hendak ke KL, ambiklah kesempatan di waktu cuti perayaan sebegini untuk datang kerana kita akan selesa memandu disebabkan tak banyak jumlah kenderaan di jalan raya. Pesanan ini dibawakan khas dari hersaifulherwan.blogspot.com. Hehe...
i hate traffic jammed oso..orang yang otaknyer da jem lagi la i Hate
ReplyDeletehaha