Pagi tadi dalam pukul 10.00am aku telah format semula lsistem operasi Windows untuk laptop aku. Ini adalah kerana kadar kecepatan untuk memproses data dan membuka fail-fail agak perlahan. Penyelesaian yang aku dapat adalah dengan format semula sistem operasi Windows laptop itu.
Sebelum ini aku menggunakan Windows Vista Ultimate Edition. Kali ini aku ingin menukar kepada Windows XP Professional Corporate Edition SP3. Ini adalah kerana 'view' untuk versi yang hendak aku pasang ini lebih kemas dan cantik. Tambahan pula isteri aku juga mengatakan sistem operasi tersebut lebih cantik.
Aku memang agak mahir dalam bab-bab memasang sistem operasi ini terutamanya Windows. Sistem operasi jenis lain belum lagi aku khatam. Jika tiada apa-apa masalah ketika memasang sistem operasi, aku boleh menyudahkannya dalam masa kurang 90 minit sahaja termasuk memasang 'driver' untuk 'motherboard' dan program-program yang biasa digunakan seperti Microsoft Office, WinZip, WinAmp, RealPlayer, Acrobat Reader, Sistem Antivirus Avira @ AVG @ Avast, Yahoo Messenger, mIRC dan beberapa program lain.
Aku akan menyerahkan laptop kepada isteri aku untuk digunakan beliau ketika di Bandar Sunway nanti. Terdapat beberapa kerja seperti laporan-laporan yang perlu beliau siapkan. Justeru itu amatlah sukar kiranya tiada gadget untuk tujuan itu. Sebagai seorang suami, aku memahami kesukaran yang dialami oleh beliau. Sehubungan dengan itu, aku telah format laptop semula supaya beliau dapat membuat kerja dengan lancar dan baik.

sure la i need da booBoo..
ReplyDeleteyang abanh bg kan da rosak..
beli je sampai 5K tapi hampeh..hampehmu HP
chait