Follow us

02 February 2010

Promosi Hebat Sangat?

Beberapa hari yang lalu, mak aku telah membawa pamplet yang menyenaraikan jualan promosi harga murah di sebuah pasar raya yang agak terkenal. Aku pun mengambil kesempatan tersebut untuk membelek-belek apa yang dipromosikan itu.

Tiba-tiba mata aku terpandang dengan suatu potongan harga barangan elektrik yang agak melucukan. Ianya merupakan sebuah 32" LCD TV yang berharga RM1598.88 setiap unit. Harga sebelum adalah RM1599.00 seunit. Potongan sebanyak RM0.12 untuk setiap unit.

Pada pendapat anda, adakah wajar sangat jika diberi potongan sebanyak RM0.12? Memanglah ianya masih dikira potongan tapi pada pendapat aku sekiranya seseorang itu mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak RM1598.88 untuk membeli LCD TV, mereka tentunya juga mampu untuk mengeluarkan RM0.12. Potongan serendah itu hanya mampu merubah nombor 'sa' pada hujung angka. Mungkin ianya sekadar strategi pemasaran.

Apapun terpulang pada anda untuk menilai. Kuasa membeli berada di tangan kita. Berbijaklah berbelanja sebagaimana yang sering aku katakan dan disarankan oleh kerajaan.

2 comments:

  1. giler la pamplet iklan tu...dan entry ko ni membuatkan aku ketawa terbahak2 sambil menunggu hujan berhenti utk aku balik merempit kerumah

    ReplyDelete
  2. haha.. jgn ketawa over dan terbahak2 sgt nanti terkeluar bihun goreng ko mkn pagi td pulak

    ReplyDelete