16 Feb. 2010 - Hari ni 'check out' hotel. Sebaik sahaja 'check out' hotel kami terus mencari kedai servis kereta untuk membeli bateri kereta jenis NS40ZL untuk kereta isteri aku kerana bateri kereta beliau sudah "kong". Agak sukar untuk mencari kedai servis yang buka pada hari ini kerana kebanyakan taukeh-taukeh kedai servis masih bercuti sempena Tahun Baru Cina. Akhirnya, berjaya juga kami membeli bateri yang dicari-cari, iaitu di Stesen Minyak Caltex di Bandar Sunway ini.
Aku mengesyorkan supaya membeli bateri jenis 'maintenance free' sahaja kerana lebih mudah dijaga walaupun harganya agak mahal sedikit. Jenama bateri ialah "Century" berharga RM220.00. Memandangkan hanya itu sahaja pilihan yang ada maka mahu tak mahu aku beli jugaklah.
Ingin tahu apa cerita kami pada hari ini? Sila klik Baca Lagi... siap aku 'attach' gambar lagi. Hehe...
Kami telah makan tengah hari di Restoran Padi yang terletak di Puchong. Aku sudah beberapa kali makan di restoran tersebut kerana sebelum ini aku memang bertugas di salah sebuah syarikat swasta di Puchong. Terima kasih aku ucapkan kepada 'ex-officemate' aku , iaitu En. Hisham kerana memperkenalkan restoran ini kepada aku.
Sememangnya terdapat banyak hidangan makanan tengah hari disajikan di restoran tersebut. Semuanya berasaskan makanan kampung atau makanan orang Melayu. Sebagai orang Melayu, aku memang berselera untuk makan makanan yang "kena" dengan tekak aku ini. Harga makanannya pun biasa sahaja dan tak mahal.

Selepas mengisi perut, aku bercadang untuk ke IOI Mall Puchong tetapi terlintas pulak di fikiran aku untuk ke Alamanda Putrajaya. Kemudian terfikir juga untuk ke Jusco Bandar Botani Klang. Dan akhirnya kami ke Jusco Bukit Raja Klang. Perjalanan ke Jusco Bukit Raja Klang dari Puchong agak mudah kerana aku agak mahir dengan jalan-jalan di Shah Alam. Jadi bolehlah 'shortcut' di sana sini untuk mengelakkan tol.
Di Jusco Bukit Raja, kami telah menonton wayang filem Jackie Chan bertajuk "Little Big Soldier". Setelah menonton filem tersebut, aku berpendapat bahawa aksi Jackie Chan agak kurang dalam filem ini. Aksi lawak yang ditonjolkan beliau juga seperti kurang menjadi dan dibuat-buat dan tak original. Untuk filem ini aku 'rate' 3 bintang sahaja.
It is time for 'makan' again. Asyik makan aje keje aku ni. Makan itu nikmat. Tapi entahlah walau dah kenyang tapi masih nak makan jugak. Nafsu makan kuat agaknya. Aku teringin untuk makan wantan koew teow. Maka segera aku mengajak isteri untuk ke Food Court Jusco tersebut. Aku terpandang pada menu Ladna Koew Teow pada salah sebuah gerai. Nampak macam lazat. Dengan tanpa berlengah lagi teruslah aku 'order' Ladna Koew Teow tersebut.
Ladna Koew Teow ini seakan-akan sama dengan Koew Teow Kantonis. Aku tak pasti sama ada ia adalah menu yang sama tapi berlainan nama. Tapi aku yakin kedua-duanya adalah sama. Minuman aku pula ialah cendol pulut + aiskrim. Aku tak pasti sama ada itu adalah sejenis minuman. Sebenarnya isteri aku yang minta aku mencuba cendol jenis itu. Rasa cendol boleh tahan tapi belum boleh dikategorikan sebagai "ummmphhh".
Isteri aku pula makan roti telur dan roti sardin. Wah, sampai 2 sekali beliau 'order'. Mungkin sebab semalamnya aku beritahu beliau bahawa aku makan roti pisang maka beliau pun ingin makan roti jugak. Minuman yang dipesannya air bandung. Makin gemar beliau minum air bandung nampaknya.
After that, fetching my wife to her home at Bandar Sunway and I drive back to Ipoh.

No comments:
Post a Comment