Follow us

08 February 2010

Makan Nasi Ayam Di Mee Rebus Ramli

Hari ini rakan aku mengajak aku untuk berjumpa di Mee Rebus Ramli di Tasek lagi. Jadi selepas tamat waktu kerja aku pun pergilah ke restoran tersebut. Saja nak jumpa katanya. Sebaik sahaja sampai di restoran, terus aku pesan nasi ayam dan kopi 'o' ais.

Aku ingin cuba rasa nasi ayam di sini pula. Kebiasaannya aku makan mee rebus atau chicken chop sahaja. Taknak aku komen rasa nasi ayamnya di sini. Sekiranya anda ingin merasainya silalah ke Mee Rebus Ramli.

Perbualan kami tadi banyak berkisar apa yang dilakukan oleh rakan aku itu pada hari ini. Sekali-sekala aku pun mencelah tentang apa yang dibualnya. Nampaknya beliau begitu gembira hari ini. Mungkin hendak menyambut Tahun Baru Cina agaknya. Maklumlah rakan aku itu berbangsa Tionghua.
 
Tidak aku nafikan beliau memang seorang rakan yang baik. Kami memang kerap berjumpa. Keluarga aku pun mengenali beliau. Walaupun tahap penguasaan Bahasa Melayu beliau tidak berapa fasih dan kadang-kala aku sendiri pun tak faham apa yang diperkatakannya, namun beliau begitu bersungguh-sungguh ketika berbual.
 
Satu kelemahan aku ialah aku tak boleh berbual untuk tempoh yang lama kerana sampai satu tahap aku akan merasa mengantuk dan menguap beberapa kali. Begitulah halnya yang berlaku tadi kerana aku merasa terlalu mengantuk sehingga meminta diri untuk balik ke rumah. Hehe...

Walauapapun, aku berbanyak-banyak terima kasih kepada beliau kerana belanja aku makan nasi ayam di Mee Rebus Ramli.

No comments:

Post a Comment