Petang tadi pergi ronda-ronda naik motosikal dengan adik bongsu aku. Cadangnya nak jalan-jalan cari makan. Ronda-ronda di pekan Tanjung Rambutan. Kemudian meronda ke Ulu Kinta pulak. Lepas itu pergi ke Batu 6 dan akhir sekali singgah di pasar malam (walaupun masih petang) di Bercham Raya. Dah lama jugak aku tak ke sini. Kali terakhir kalau tak silap aku ketika itu diadakan Bazar Ramadhan di sini, iaitu sekitar bulan September 2009.
Pasar petang @ malam di Bercham Raya ini diadakan 2 kali seminggu, iaitu pada hari Isnin dan Sabtu. Kawasan ini mula menunjukkan perkembangan kemajuan yang ketara sejak terdapat banyak rumah teres di bina di kawasan sekitarnya. Kedai-kedai di sini juga sangat laku macam goreng pisang panas. Tiada kedai kosong di sini, semuanya penuh disewa atau dibeli.
Aku telah beli 2 bungkus bihun sup + 2 bungkus koew teow sup, 2 bungkus nasi lemak kukus, 5 biji popiah basah, 3 biji putu piring dan sebiji apam balik. Aku tak pasti apakah penjodoh bilangan untuk apam balik. Mungkin 'sebiji' agaknya. Atau ada sesiapa cikgu Bahasa Melayu di sana boleh betulkan ayat aku itu.
Rasa sup memang sedap. Sup yang dicampur dengan perut lembu memang tersangatlah sedapnya. Sekiranya kuah sup masih panas memang tambah "terangkat". Popiah basah pun sedap. Harga RM0.70 sebiji tapi aku puas hati sebab walau mahal tapi sedap. Apam balik aku beli 'special' untuk ayah aku sahaja. Putu piring dan nasi lemak kukus tak sempat untuk aku makan kerana adik bongsu aku telah habiskan.

No comments:
Post a Comment