Kami mengambil keputusan untuk menginap di hotel selepas bermalam 1 hari di rumah sewa isteri aku. Ini adalah kerana aku ingin mendapatkan suasana yang lebih selesa dan romantik antara kami. Hehe...
Memandangkan isteri aku masih lagi bekerja 'shift' maka kami pun membuat keputusan untuk menyewa bilik hotel yang berhampiran sahaja supaya mudah untuk aku menghantar beliau ke tempat kerja. Kami pun meninjau hotel-hotel yang ada di sekitar Bandar Sunway ini.
Selepas bertanyakan 'room rate' beberapa hotel maka aku mengambil keputusan untuk menyewa bilik di Hotel Sun Inns sahaja kerana hotel tersebut menawarkan harga terendah di antara hotel-hotel yang ada.
Memandangkan sekarang ini merupakan cuti umum maka harga hotel agak mahal cuma Hotel Sun Inns ini sahaja yang menawarkan harga bilik di bawah paras RM100.00. Justeru itu ia terus menjadi pilihan aku. Aku telah menyewa bilik untuk tempoh 2 malam.
Dan memandangkan isteri aku bekerja 'shift' maka masa aku pun banyak dihabiskan di dalam bilik. Mujur aku bawa laptop, boleh juga melayari internet. Ditambah pula dengan kedinginan 'air-cond' yang sejuk membuatkan mata ini kuyu saja seperti mahu tidur.
Sebelum ini aku memang pernah menyewa bilik di Hotel Sun Inns ini ketika menghadiri seminar jabatan suatu ketika dulu. Aku memilih untuk menyewa sekali lagi di sini kerana terdapat banyak kedai-kedai makanan Melayu yang mudah didapati di sekitar hotel ini.
Jika hendak merasai suasana Hotel Sun Inns, silalah mencubanya. Hotel Sun Inns juga terdapat di Sunway City, Tambun berdekatan dengan rumah aku.

No comments:
Post a Comment