Hari ini selepas habis waktu kerja, aku tidak terus pulang ke rumah tapi aku ke Tasek kerana ingin berjumpa seorang rakan di sana. Aku memang kerap berjumpa dengan rakan aku ini. Boleh dikatakan dalam seminggu mesti ada sekali atau 2 kali jumpa. Sebenarnya aku berkenalan dengan beliau sekitar tahun 2007 ketika aku bekerja dengan sebuah syarikat kontraktor.
Jadi setiap kali perjumpaan kami pasti akan diadakan di Mee Rebus Ramli. Di Tasek terdapat sebuah restoran Mee Rebus Ramli. Kami memang kerap ke sini sehingga pekerja restoran tersebut sudah mengenali kami.
Di restoran Mee Rebus Ramli, hanya 2 jenis menu yang selalu aku pesan, iaitu Mee Rebus atau Chicken Chop. Mee Rebus di restoran ini memang 'tip top'. Aku bagi gred 'A' untuk mee rebusnya.
So far setiap kali ke Restoran Mee Rebus ini rakan aku itulah yang akan belanja aku makan kerana beliau yang kerap mengajak aku jumpa tapi aku tak pernah mengajak beliau untuk jumpa. Hehe... Seingat aku daripada berpuluh-puluh perjumpaan kami cuma sekali saja aku belanja beliau makan. Apapun terima kasihlah buat rakan aku itu kerana selalu belanja aku makan.
No comments:
Post a Comment