15 Feb. 2010 - Selepas kenyang makan malam, kami pun membuat keputusan untuk ke Uptown Shah Alam. Aku belum pernah lagi ke Uptown Shah Alam. Sebelum ini aku hanya pernah ke Uptown Damansara dan Uptown Danau Kota sahaja. Uptown Cheras pun aku masih belum berkesempatan untuk singgah kerana tiada tempat untuk 'parking' kereta pada ketika itu.
Uptown Shah Alam terletak di Seksyen 24. Aku berpendapat Uptown Shah Alam masih baru lagi kerana ketika aku tamat belajar di UiTM Shah Alam sekitar tahun 2004, lokasi tersebut masih belum diwujudkan lagi.
Susun atur kedai agak kemas. Tahniah diucapkan kepada MBSA kerana menyediakan ruang untuk kaum Bumiputera berniaga. Tapi aku merasakan pada masa hadapan akan berlaku masalah kesesakan untuk 'parking' kenderaan kerana apa yang dapat aku perhatikan malam tadi begitu banyak kenderaan meletak kereta di sepanjang tepi jalan bahkan di tengah jalan pun ada jugak.
Aku dan isteri hanya berjalan-jalan menikmati suasana Uptown Shah Alam sahaja. Jika di Ipoh lebih popular dengan Gerbang Malam. Bezanya di Uptown Shah Alam terdapat gerai-gerai makan di bahagian belakangnya. Aku tidak membeli apa-apa pun. Isteri aku cuma membeli sehelai pakaian untuk beliau. Pada pendapat aku, Uptown Shah Alam adalah tempat yang bagus untuk 'shopping' barangan dengan harga yang murah.
No comments:
Post a Comment