Follow us

20 February 2010

Aku 'Lunch' Kat Sini Semalam

Setiap kali selepas solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman Sungai Tapah di Manjoi, aku akan balik ke pejabat ikut jalan di Sibilin. Dan bertentangan Klinik Kesihatan Jelapang terdapat sebuah restoran dengan menjual makanan pelbagai menu, iaitu Mizi's Restaurant & Cafe.

Acapkali bila terpandang saja restorang tersebut membuatkan aku berkeinginan untuk merasa makanan di restoran tersebut. Jadi, selepas saja selesai solat Jumaat aku pun singgah la untuk makan tengah hari di situ.

Aku pilih untuk makan layan diri. Menunya adalah sambal sotong, telur dadar dan cendawan masak air. Bagaimanakah rasanya? Pada pendapat aku rasanya biasa saja. Harga makanan pun ok, tak mahal. Tapi aku tak tahulah sekiranya lidah anda yang mencubanya. Mungkin anda akan katakan sedap dan lazat.

Apa yang penting... KERJASAMA... Hehe... Apa yang penting adalah "Mulakan dengan Basmallah dan akhiri dengan Alhamdulillah."

1 comment:

  1. Sports Betting - Mapyro
    Bet the moneyline from 1:25 PM to 출장마사지 11:00 PM. See more. MapYO https://febcasino.com/review/merit-casino/ Sportsbook jancasino features live odds, live febcasino.com streaming, 1xbet 먹튀 and detailed information.

    ReplyDelete