Follow us

14 February 2010

Jalan-Jalan With My Wife At Shah Alam & Sunway Pyramid

Pada 13/2/2010, aku telah menemani isteri untuk pulang ke Bandar Sunway, Petaling Jaya. Aku telah bersarapan di rumah pagi tadi tetapi isteri aku belum menjamah sebarang makanan lagi. Kami bergerak dari rumah pada pukul 10.00am dan sampai di Bandar Sunway pada pukul 12.48pm. Aku memandu kereta agak perlahan sahaja sekitar 100 - 110km/j.

Isteri sepatutnya bekerja 'shift' petang tetapi tiba-tiba mendapat panggilan dari hospital untuk cuti pulak. Maka peluang yang ada itu kami manfaatkan dengan aktiviti berjalan-jalan di sekitar Shah Alam. Misi utama adalah untuk mencari tempat makan kerana perut kami pun sudah lapar bangat.

Kami telah ke Kompleks PKNS untuk makan. Nampak sahaja kedai makan dalam Kompleks PKNS itu terus kami masuk. Restoran yang kami masuk ialah Restoran D&R. Ada bermacam-macam jenis makanan terdapat di sana. 'Western food' mungkin tak ada agaknya. Harga makanan pun boleh tahan dan tak mahal.

Selepas perut pun sudah kenyang, kami pun ambik kesempatan untuk berjalan-jalan di Taman Tasik Shah Alam. Memang indah dan damai suasana tasik tersebut. Luas juga kawasan tasik tersebut sehingga tak larat rasanya hendak berjalan mengelilingi tasik. Namun, pemandangan indah tasik di cacatkan dengan pemandangan 'couple' yang ber'dating' di sana sini.

Setelah penat berjalan-jalan di tasik, kami pun ke Kompleks Shah Alam City Centre (SACC Mall) untuk menikmati suasana 'air-cond' pula kerana cuaca di luar agak panas dan berbahang. Tujuan utama kami masuk ke SACC Mall untuk mencari kedai fotografi milik seorang kawan tapi baru aku sedar lokasi sebenarnya adalah di tempat lain. Kami pun mundar-mandir di SACC Mall itu tanpa tahu hala tuju. Hehe

Kemudian kami ke Plaza Alam Sentral pula untuk melihat-lihat suasana kompleks membeli-belah sempena perayaan Tahun Baru Cina ini. Keadaannya tetap sama, semua 'shopping complex' memberikan potongan harga sehingga 70% terutamanya pada pakaian dan aksesori berkaitan. Kepada mereka yang berkunjung ke Shah Alam pastinya akan ketiga-ketiga pusat membeli-belah ini kerana ianya terletak berdekatan antara satu sama lain.

Selepas kaki pun sudah lenguh dan penat berjalan, maka tibalah masa untuk balik ke bilik. Sebelum balik aku mengusulkan untuk menonton wayang pula. Maka kami pun pergilah ke Sunway Pyamid dengan tujuan untuk menonton wayang di GSCnya. Tapi memandangkan 'movie' pada minggu ini kurang menarik perhatian, jadi kami pun membatalkan aktiviti menonton wayang ke aktiviti membeli barangan ringan untuk dibuat juadah di Giant Sunway Pyramid.

Isteri aku mencadangkan supaya aku merasa 'Crispy Popiah' yang dijual di kedai mini di Sunway Pyramid. Harganya popiah tersebut adalah RM3.00 dan saiznya memang besar. Tapi mungkin lain lidah lain rasanya, bagi aku Popiah SS Ali lebih istimewa dan terangkat aromanya.

Itulah aktiviti yang kami lakukan pada 13/2/2010. Pada 14/2/2010, aku sedang fikirkan untuk ke lokasi-lokasi menarik pulak. Aku tengah tunggu isteri balik kerja ni sebab beliau kerja 'shift' pagi. Lepas beliau balik baru boleh nak meronda-ronda.

1 comment:

  1. HikHik...time ni la abang masak megi tapi terlebih air ye...
    sayang gak yg kene masakkan

    manja bebenor abang nih!

    ReplyDelete