Semalam merupakan hari cuti umum sempena Maulidur Rasul. Kebetulan isteri juga cuti pada hari tersebut, maka dikesempatan hari cuti itu aku pun banyak menghabiskan masa bersama isteri tersayang.
Kami telah bercadang untuk ke kawasan rekreasi Hutan Lipur Ulu Kinta atau lebih popular dipanggil 'Intake' di kalangan penduduk setempat. Untuk tujuan itu, kami telah ke kompleks membeli-belah "Gergasi" untuk mencari bahan-bahan membuat 'sandwich'.
Setelah selesai membeli bahan-bahan untuk membuat 'sandwich', kami terus ke 'food court' "Gergasi" tersebut untuk makan tengah hari. Seperti kebiasaan, aku tidak akan lupa untuk memesan ikan pari + sotong bakar masak asam. Menu ini memang menjadi keutamaan aku setiap kali makan di 'food court' di situ.
Isteri pula memesan mee kari. Mungkin disebabkan telah merasa kesedapan mee kari di kedai simpang 3 Batu 8, terus beliau berselera untuk makan mee kari di waktu tengah hari agaknya. Selepas itu kami terus pulang ke rumah kerana Maulidur Rasul kali ini jatuh pada hari Jumaat. Jadi aku perlu bersiap untuk solat Jumaat dan isteri pula hendak menyediakan apa yang perlu dibawa untuk ke 'Intake' selepas solat Jumaat.

No comments:
Post a Comment