Follow us

09 February 2010

Eating Of The Day

Hari ini aku 'lunch' di Unique Seafood Tambun di Sunway City. Entah mengapa seseorang mengajak aku untuk 'lunch' sekali lagi di sana pulak. Mungkin sebagai tanda penghargaan ataupun jamuan makan besar sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Sebenarnya sudah beberapa kali aku 'lunch' di sini dan pad ahari ini masih orang yang sama mengajak aku untuk 'lunch' di sini. Rasa makanan di sini memang 'tip top' kerana ianya memang 'chinese food'. Sesiapa yang terasa ingin makan 'chinese seafood' bolehlah berkunjung ke sini kerana Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan juga pernah singgah di sini.


Harga di sini memang agak mahal. Setiap kali makan pasti mencecah ratusan ringgit. Jadi, jika anda ingin makan di tempat seperti ini pastikan anda membawa ongkos yang secukupnya. Ini kerana lauk-pauk yang disajikan adalah segar dan bukan dari peti sejuk beku. Anda boleh memilih hidupan laut yang ingin anda makan yang terdapat di dalam akuarium sebagaimana ditunjukkan dalam gambar di atas.

Apapun ingin aku ucapkan terima kasih kepada Mr. Thong kerana belanja aku 'lunch' yang hebat dan lazat seperti ini.

No comments:

Post a Comment