Aku adalah penggemar kucing. Aku memang menyayangi kucing. Bagi aku kucing adalah haiwan yang sangat comel. Jadi tidak hairanlah rumah aku mempunyai banyak kucing. Tambahan pula adik perempuan aku juga penggemar kucing. Maka urusan untuk menjaga makan dan sakit kucing tidaklah teruk sangat.
Aku amat hairan mengapa ada segolongan manusia yang tidak mempunyai rasa belas kasihan sanggup membuang kucing-kucing terutamanya di pasar atau medan selera. Kadang kala anak-anak kucing pun turut dibuang juga. Aku mudah kasihan melihat kucing-kucing terbuang dan 'homeless' ini. Jika aku terjumpa anak-anak kucing pasti aku akan bawa balik ke rumah.
Baru-baru ini 3 ekor kucing aku telah mati akibat serangan penyakit mulut. Mujur beberapa ekor lagi sempat diselamatkan dan kini telah pun sembuh. Aku memang sedih dengan kematian kucing-kucing aku itu. Adik perempuan aku lagi sedih kerana beliau yang paling banyak menguruskan hal ehwal kucing-kucing di rumah.
Namun, kesedihan itu dapat diubati dengan kelahiran 2 ekor anak kucing yang sangat comel yang masih belum diberikan nama lagi. Usia anak-anak kucing ini sekitar sebulan. Setakat ini anak-anak kucing ini mendapat susu yang cukup dari ibunya. Lihat sajalah pada badan anak-anak kucing yang gebu ini. Semoga anak-anak kucing ini dapat membesar dengan sihat.
No comments:
Post a Comment