Follow us

23 February 2010

Hadiah Daripada Isteri

Isteri aku balik ke Ipoh pada hari ini setelah beberapa hari bekerja 'shift' malam di hospital. Beliau bercuti sehingga hari Jumaat. Jadi selepas habis 'duty' terus sahaja beliau memandu balik ke Ipoh dan tiba di rumah sekitar tengah hari tadi.

Aku pula pada hari ini agak sibuk kerana perlu menghadiri dua (2) mesyuarat tapak. Pada sebelah pagi bermesyuarat di Chepor dan pada sebelah petang pula bermesyuarat di Malim Nawar. Selepas selesai bermesyuarat petang terus aku pulang ke rumah kerana menyedari isteri telah lama menanti aku di rumah.

Ketika sedang berbaring, tiba-tiba isteri memberikan sekotak yang aku kira berisi 'handphone' di dalamnya. Diamati kotak tersebut tertera tulisan Sony Ericsson C905. Beberapa hari yang lalu beliau ada bertanyakan aku tentang 'handphone' berkenaan. Dan pada hari ini tiba-tiba terpacul 'handphone' tersebut di depan aku. Terkejut jugak aku dibuatnya.

Sejak aku kembali aktif memblog ini, isteri faham aku gemar untuk mengambil gambar melalui 'handphone' untuk dikemaskini di dalam blog. Justeru itu, beliau telah menghadiahkan aku sebuah 'handphone' yang mempunyai kamera beresolusi 8.1 Megapixel. Sebelum ini aku hanya mengambil gambar dengan kamera beresolusi 2 Megapixel sahaja. Berbanyak-banyak terima kasih aku ucapkan untuk isteri.

Beliau juga telah membeli sebuah 'handphone' jenis Nokia 5730 ExpressMusic. Beliau sudah lama berkeinginan untuk memiliki 'handphone' tersebut. Terdapat banyak 'function' di dalamnya sehingga aku sendiri tak tahu untuk menggunakannya. Keistimewaan 'handphone' jenis ini adalah mempunyai sistem aplikasi GPS yang sungguh efisien. Apapun, pada hari ini aku dan isteri telah memiliki dua (2) jenis 'handphone' yang baru.

2 comments:

  1. :)
    lebiu abang
    that gift only da small thing...
    u r da most best husband ever!!!
    i want only da best thing for u coz u gimme da best all da time!

    ReplyDelete