Petang tadi selepas balik dari kerja, aku mengajak isteri untuk makan di kedai makan simpang tiga Batu 8. Pada blog yang lepas, aku ada menyebut tentang kehebatan mee/koew teow kari di situ. Justeru itu, aku ingin mengajak isteri untuk menikmatinya.
Isteri telah tidak makan sejak petang semalam kerana kesibukan kerja yang amat sangat sehingga terlupa untuk makan. Maka untuk menambahkan lagi tahap kelaparannya, beliau telah bertindak untuk tidak makan sehinggalah aku balik dari kerja kerana beliau ingin makan bersama-sama dengan aku. Solehah betul isteri aku ini. Hehe...
Kami telah memesan nasi ayam kerana isteri telah 2 hari tidak menjamah nasi. Sebenarnya aku hanya ingin memakan koew teow kari tetapi memandangkan tukang masak yang membuat mee/koew teow kari itu merayau entah ke mana maka terpaksalah aku memesan nasi ayam jugak. Rasa nasi ayamnya boleh tahan sahaja.
Setelah tukang masak telah habis aktiviti merayau beliau dan kembali menyambung tugas, maka dengan segera aku memesan mee kari kerana isteri kurang berminat untuk makan koew teow kari. Telah aku khabarkan sebelum ini rasa mee/koew teow kari di sini memang 'tip top'. Kepada anda yang berkunjung ke Batu 8, silalah mencuba mee/koew teow kari di kedai simpang 3 Batu 8.
can we eat mee kari there again hubby???
ReplyDeleteplz plz plz..ngidam rrr