Hari ni teringin nak makan cendol pulak. Jadi memandangkan hari pun panas dan berbahang, elok benarlah sekiranya tekak ini dibasahi dengan cendol. Maka dengan itu aku dengan cergasnya telah ke pekan Tanjung Rambutan untuk membeli cendol.
Lokasi untuk membeli cendol telah aku tentukan iaitu gerai bergerak berhampiran CIMB Bank Tanjung Rambutan. Aku pernah beli cendol di situ sebelum ini. Kali ini aku membeli 2 bungkus cendol untuk dibawa balik. Takkanlah aku nak membasahkan tekak aku seorang saja. Nak jugak bagi mak aku makan cendol.
Walaupun rasa cendol di gerai tersebut agak 'kureng' tapi aku beli jugak kerana itulah lokasi paling hampir dengan rumah aku. Macam dah tak tertahan tekak ini untuk makan cendol. Cendol pun kurang diletakkan. Mungkin harga cendol sudah meningkat agaknya. Harga sebungkus RM1.50.
Cendol yang sedap aku pernah rasa dijual di pekan kecil Tambun. Menurut mak aku pulak cendol yang dijual di Bercham Raya juga sedap. Aku rasa mungkin bergantung pada lidah dan tekak seseorang untuk menentukan tahap sedap atau tidak rasa cendol atau sesuatu makanan itu.
No comments:
Post a Comment