Malam tadi kami dinner di kedai makan yang barangkali ter'famous' di Bandar Sunway ini. Nama kedai makan tersebut ialah Asilla Tomyam dan 'table' di kedai makan tersebut sentiasa penuh. Pelanggang tidak putus-putus datang mengunjungi kedai makan tersebut.
Konsep yang ditonjolkan di kedai makan tersebut agak unik, iaitu bercirikan 'candle light'. Tetapi di setiap meja tidaklah diletakkan lilin sebaliknya di letakkan lilin cair di dalam gelas. Memang romantik dapat makan malam bersama yang tersayang dalam suasana sebegitu.
Menu yang kami pesan kali ini ada sedikit kelainan, iaitu nasi putih, ayam masak pedas, telur dadar, kailan ikan masin dan sup campur. Kali ini kami pesan 'chicken wings' sebagai menu tambahan.
Rasa makanannya? Kredit untuk sup campur kerana memang sedap. Kalau ditambah taugeh pasti lagi sedap. 'Chicken wings' juga sedap dan murah. Jika nak dibandingkan dengan harga 'chicken wings' di restoran makanan segera memang sangat jauh berbeza.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kami makan malam di sini kerana setiap kali aku datang ke Bandar Sunway pasti aku dan isteri akan 'dinner' di kedai makan yang 'famous' ini. Silalah berjalan-jalan cari makan.
No comments:
Post a Comment