Follow us

27 February 2010

Niyang Rapik

Malam tadi aku, isteri dan 2 orang adik perempuan aku telah menonton 'movie' Niyang Rapik di TGV Jusco Ipoh. Terus terang aku katakan aku tidak tahu apa-apa mengenai Niyang Rapik. Bila isteri mengajak aku untuk menonton Niyang Rapik barulah aku tahu tentang 'movie' itu.

Kami telah 'booked' 4 'seats' untuk tayangan pada pukul 9.20pm. Jadi sekitar pukul 8.30pm kami telah bertolak dari rumah. Sesampainya di Jusco didapati keadaan di dalamnya begitu sesak dengan pengunjung. Barangkali ramai yang mengambil peluang cuti ini untuk berjalan-jalan. Sukar juga untuk aku dapatkan tempat letak kereta walaupun di 'roof top'.

Tidak aku sangka 'movie' ini mendapat sambutan yang agak luar biasa dari peminat tempatan terutamanya yang berbangsa Melayu. Tayangan pada pukul 9.20pm itu sendiri 'full seated'. Genre 'movie' itu sendiri memang dikategorikan seram. Pengkelasannya aku tak berapa pasti. Mungkin SG13 agaknya.

Pada pendapat aku, 'movie' ini memang bagus cuma perlu diberi penekanan tentang  aspek logikal pada beberapa 'scene'. Antaranya adalah: -
1) Kaedah mencuci artifak yang dijumpai bukanlah dengan cara seperti mencuci pinggan.
2) Kadar jatuhan setinggi lebih kurang 3 meter tidak akan menyebabkan darah keluar dari mulut.
3) Memasak mee segera yang berkuah pada sebelah petang dan dimakan pada sebelah malam.
4) Pengebumian dilakukan di Niyang Rapik tanpa memaklumkan kepada waris Amir terlebih dulu.
5) Memegang batu nisan dan mendapat tahu bagaimana Laila mati. Seeloknya ia hadir dalam bentuk mimpi.

Secara keseluruhannya, untuk kategori filem Melayu, aku 'rate' filem ini sebanyak 3 bintang berbanding 5 bintang. Garapan ceritanya agak bagus dan 'scene' seramnya juga menjadi. Tahniah buat Ahmad Idham selaku pengarah filem ini. 

1 comment:

  1. haha..
    curik kenyataan kite ye...
    anyway darah kuar ikut mulut apabila berlakunya kecederaan pada sistem pernafasan terutama paru2 atau perut. rusuk kita ) ribs ) ni kuat taw...so xkan patah dengan mudah kecuali dengan hentaman kuat...

    mangsa jatuh dalam keadaan terlentang..adakah mungkin ribs itu patah lalu menusuk peparu atau kecedearaan di prut???

    naaaaahh~~~

    ReplyDelete