14 Feb. 2010 - Ketika seharian menanti isteri untuk pulang dari kerja, perut pun sudah berkeroncong kelaparan. Isteri juga tidak makan seharian kerana ingin makan bersama aku. Wah, mithali sungguh isteriku ini.
Aku pun tak pasti untuk makan petang + malam di mana lagi. Kalau boleh aku ingin makan di kedai makan berhampiran sahaja kerana perut aku memang sudah lapar. Isteri mencadangkan supaya makan di Restoran Seri Bidara yang terletak sangat berhampiran dengan hotel tempat kami menginap.
Restoran Seri Bidara agak kemas susun aturnya. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual. 'Western food' juga dijual di sini. Ruang kedai makannya agak besar dan pelanggan boleh memilih untuk makan di 'indoor' atau 'outdoor'.
Kami telah memesan menu yang agak sama jika makan di mana-mana kedai makan. Tujuannya adalah untuk merasai sama ada terdapat kelainan pada menu masakan yang dipesan. Sekiranya sedap maka bolehlah berkunjung selalu ke sini.
So far, lidah aku mengatakan rasa makanannya agak biasa. Barangkali rasa masakan 'western food' nya agak sedikit berlainan. Aku berpuas hati dengan cara masakan telur dadarnya kerana lidah aku mengatakan rasanya boleh tahan.
No comments:
Post a Comment