Selepas tamat waktu kerja, rakan aku mengajak aku untuk berjumpa. Lokasinya adalah 'port' biasa, iaitu Restoran Mee Rebus Ramli di Tasek. Ada perkara yang nak disembangkan katanya. Dah jadi macam tempat melapak tetap pulak jadinya di setiap petang.
Rakan aku ini lemah sikit dalam matematik, jadi aku pun 'assist' lah beliau tentang bagaimana untuk buat pengiraan yang betul lebih-lebih lagi dalam pekerjaan. Walaupun aku bukanlah hebat sangat dalam bidang akaun. tapi ilmu asas tu bolehlah aku ajarkan kepada beliau.
Memangkan aku sudah makan banyak waktu 'lunch' tadi maka rasa kenyang tu masih ada lagi. Namun aku tetap memesan mee rebus untuk juadah petang. Bila perut sudah kenyang memang agak susah nak menelan makanan yang ada. Begitulah halnya petang tadi, memang aku tak berupaya untuk menghabiskan mee rebus yang dipesan tadi. Pembaziran telah berlaku di situ. Astaghfirullah...
Agak lama juga sesi melepak tadi. Seperti biasa sampai mengantuk jugak mata aku ini bila dah bersembang lama sangat. Hari-hari asyik bersembang aje. Nasib perut la, bersembang tapi perut kenyang. Hehe...
No comments:
Post a Comment