Selepas sahaja selesai solat Jumaat di Masjid An-Nur Batu 8, kami telah bersiap-siap untuk bermandi-manda di Hutan Lipur Ulu Kinta atau 'Intake'. Isteri aku telah menyediakan bahan-bahan untuk membuat 'sandwich' dan beberapa makanan ringan yang lain. Maklumlah ketika mandi inilah makanan yang pada dasarnya biasa telah berubah menjadi amat sedap.
Aku telah ke sana dengan menunggang motosikal bersama adik bongsu aku. Kawasan rekreasi tersebut terletak tidak jauh dari tempat tinggal aku. Isteri aku pula memandu kereta bersama-sama emak dan adik-adik perempuan aku. Cuaca pada ketika itu pula mendung seakan-akan menunjukkan hujan akan turun.
Sebenarnya sudah banyak kali aku merancang untuk mandi-manda di 'Intake' ini. Namun, pada tarikh 26 Feb 2010 barulah rancangan itu menjadi kenyataan. Suatu ketika dulu, kawasan ini pernah menjadi suatu tempat yang popular di kalangan penduduk sekitar Ipoh. Kawasan rekreasi ini memang tidak sunyi dari dikunjungi pengunjung yang ingin berehat dan mandi-manda.
Arakian, aku pun tak pasti apakah sebab dan puncanya, 'Intake' telah mengalami zaman kejatuhan dan kegelapan untuk tempoh beberapa tahun. Mungkin selama 10 tahun 'Intake' ini terbiar dan tidak terurus.
Namun, atas inisiatif pihak-pihak tertentu, 'Intake' telah dibangunkan semula dan kini menjadi kunjungan ramai pengunjung. Semalam pun ramai pengunjung yang datang untuk mandi-manda. Gambar di atas diambil waktu petang ketika ramai pengunjung telah balik kerana hari sudah hampir gelap.
Aku berbangga kerana terdapat banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi berhampiran tempat tinggal aku. Pada suatu ketika dulu, kawasan tempat tinggal aku ini agak sunyi tetapi sekarang telah membangun dan dikenali ramai. Bangga teman chor...

No comments:
Post a Comment