Follow us

27 February 2010

Makan Koew Teow Sup Di Dataran Ipoh Lagi

26 Feb. 2010 - Pada hari Rabu bertarikh 24 Feb. 2010, aku dan isteri telah ke Dataran Ipoh sebaik selesai bermain badminton untuk tujuan makan koew teow dan bihun sup. Tapi entah macam mana gerai tempat kami makan sup tutup pulak pada hari tersebut.

Justeru itu, semalam... sebaik sahaja selesai menonton wayang, kami telah sekali lagi ke Dataran Ipoh untuk makan koew teow dan bihun sup. Kali ini gerai tersebut buka. Gembira betul isteri aku sebab dapat menikmati sup di gerai tersebut.

Akan tetapi pada kali ini aku merasakan sup yang dimasak tidak seperti kebiasaan. Aku berpendapat rasanya agak kurang "ummmppphhh...". Isteri aku juga berpendapat sedemikian. Mungkin setelah tutup sehari maka rasanya pun sudah "lari" agaknya. Aku berharap tuan punya gerai tersebut dapat mengembalikan rasa sup yang enak sebagaimana yang pernah aku rasa sebelum ini.

Ini juga merupakan kali pertama aku membawa adik-adik perempuan aku makan di situ. Selalunya aku makan bersama isteri dan kawan-kawan aku sahaja. Mungkin mereka masih belum boleh menilai keenakan sup yang dihidangkan. Jadi, nak mintak komen daripada mereka pun tidak begitu relevan. Mungkin dalam tempoh 2 minggu lagi aku akan makan di situ lagi bagi merasai sama ada rasa supnya sudah kembali ke rasa asal atau sebaliknya. Mengapa 2 minggu? Kerana isteri aku akan balik dalam tempoh 2 minggu lagi.

1 comment:

  1. alolo..cian yew..sayang balik on ur bezday...
    hadiah da bg..t mama bg hadiah len plak taw
    Mwah abang

    ReplyDelete