Finally, the racket come back to me. As my friend said, the world is proud to have such an honest people who returns thing which not belong to him. I am so happy because my old racket at ages around 15 years old will joined me play at my hand grip.
Malam ini aku bermain badminton di gimnasium sekolah Ta'ayah sebagaimana selalu. Aku menggunakan raket yang baru dibeli. So far, kadar 'smash' agak memberansangkan walaupun 'smash' aku masih belum cukup kuat. Aku perlu kuatkan stamina lagi kerana aku mudah terasa penat. Peluh pula berjujuran keluar sehingga membasahi baju.
Malam ini tidak ramai yang datang bermain. Kebiasaannya gelanggang akan penuh tapi pada malam ini 2 gelanggang kosong. Kadang kala terlalu ramai yang datang dan kadang kala langsung tak ramai yang datang sehingga nak cari 'partner' untuk main badminton pun susah.
Tak sabar rasanya untuk bermain badminton lagi. Macam sudah menjadi suatu ketagihan pula. Sebelum ini aku memang tidak bersukan tapi terima kasih diucapkan kepada En. Mior kerana memperkenalkan aku dengan sukan ini. Bukan hanya dapat bersukan tapi dapat mengenali kawan-kawan baru. Bravo!
No comments:
Post a Comment