16 Feb. 2010 - Keadaan trafik ketika aku balik tadi untuk ke arah utara sememangnya lancar. Namun, keadaan trafik menghala ke arah selatan juga bergerak lancar cuma terdapat kesesakan di beberapa lokasi seperti di Gua Tempurung - Tapah dan Lembah Beringin - Bukit Tagar.
Gambar kesesakan trafik di atas agak kurang jelas kerana aku 'snap' gambar tersebut ketika sedang memandu. Awas! Jangan diamalkan cara tersebut ketika memandu. Ia begitu berbahaya kerana boleh membuatkan kita hilang fokus pemanduan.
Gambar kesesakan trafik di atas agak kurang jelas kerana aku 'snap' gambar tersebut ketika sedang memandu. Awas! Jangan diamalkan cara tersebut ketika memandu. Ia begitu berbahaya kerana boleh membuatkan kita hilang fokus pemanduan.
Aku bertolak balik dari Bandar Sunway lebih kurang jam 7.45pm dan sampai di rumah pada jam 10.04pm. Lebih kurang 2 jam 15 minit memandu. Kadar kelajuan kereta yang aku bawa sekitar 110 - 120km/j sahaja cuma sekali sekala terlajak ke 140km/j. Jangan memandu dengan laju kerana ia begitu berbahaya. Memandulah dengan berhemah. Ikutlah peraturan pemanduan dan jalan raya yang telah ditetapkan.
Di radio mengatakan Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara Selatan mengalami kesesakan teruk di beberapa tempat. Apa yang dapat aku perhatikan tadi kesesakan yang berlaku di antara Kuala Lumpur - Ipoh tidaklah terlalu teruk. Ini mungkin kerana bukan semua warga kota yang pulang pada hari ini untuk bekerja esok hari. Ada juga yang mengambil cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina.
Maka disebabkan itulah lebuhraya tidak begitu mengalami kesesakan yang teruk. Semua orang tak suka pada 'traffic jammed'. Jadi, rancanglah perjalanan anda dengan baik.
No comments:
Post a Comment