Sebenarnya aku 'snap' gambar ini di suatu lokasi (nama dirahsiakan). Apa yang pelik? Dan apa pula yang melucukan? 'Whiteboard' tersebut diletakkan di bahagian luar bangunan di mana semua orang yang datang mempunyai akses untuk menulis di 'whiteboard' tersebut.
Tetapi 'whiteboard' tersebut telah dikhususkan untuk Bahagian tertentu di agensi (nama dirahsiakan) itu. "Tolong Jangan Curi Pen!!!". Mungkin ianya ditujukan kepada sesiapa sahaja yang mengunjungi agensi tersebut.
Aku berpendapat adalah lebih sesuai jika ayat tersebut ditulis sebegini, "Tolong Jangan Ambil Pen Ini!!!". Ini adalah kerana jika seseorang itu ingin mencuri maka dia akan tetap mencuri walaubagaimana cara pun keadaannya. Yang mencuri hanyalah pencuri. Wajarkah meminta pencuri untuk tidak mencuri? Ya atau tidak? Apa kata anda?
Bagi aku jawapannya adalah YA. Kita boleh meminta pencuri supaya untuk tidak mencuri tapi sejauh mana keberkesanannya tidaklah dipastikan. Mungkin ibarat memberi nasihat bak mencurah air ke daun keladi. Tapi harus diingat sekiranya mencurah air sabun ke daun keladi, daun keladi akan basah. Fikir-fikirkan secara positif.

No comments:
Post a Comment