Di kala ada 'urgency' untuk 'print' dokumen yang penting, maka di kala itu jugalah kartrij printer kehabisan 'ink'. Bila sudah di 'refill' pun masih gagal untuk 'print' dokumen dengan baik. Nyatanya kartrij tersebut telah rosak.
Untuk beli kartrij 'printer' jenis HP Deskjet F4280, mungkin harganya agak mahal. Justeru itu, aku telah menyelongkar semula laci untuk mencari 'printer' lama jenis Canon i255 yang sudah lama terperap dan berhabuk. Aku cuci semula 'printer' tersebut dan membuat sambungan di 'desktop' yang terletak di ruang tamu.
Namun terdapat masalah lain pula kerana 'cd driver' untuk 'printer' tersebut telah lama hilang. Maka aku terpaksa 'search' di internet bagi mencari 'driver' untuk 'printer' tersebut. Mujur aku menjumpainya dan segera aku 'install' nya.
Bagi membolehkan dokumen di 'print' dari 'printer' tersebut, aku perlu membeli kartrij baru kerana kartrij yang lama telah kehabisan 'ink'. Untuk tujuan itu, aku telah ke pusat membeli-belah Giant bagi mencari kartrij jenis Canon BCI-24B. Malangnya, tiada kartrij jenis itu dijual di sana.
Oleh yang demikian, terpaksalah aku mencari dan membeli kartrij di tempat lain. Lokasi yang menjadi tujuan aku seterusnya adalah PC Depot yang terletak di Ipoh Bistari. Ketika dalam perjalanan ke kedai tersebut melalui jalan pintas Batu 4 - Jusco, aku terpandang pada satu kedai komputer PCG. Aku pun memandu ke arah kedai tersebut tetapi malangnya aku gagal untuk mendapatkan 'parking' walaupun sudah tawaf deretan kedai yang ada di sana sebanyak tiga kali.
Disebabkan kesukaran untuk mendapatkan 'parking', maka aku pun terus memandu kereta ke PC Depot. "Kartrij jenis ini sudah habis", kecewa sungguh aku mendengar bila diberitahu begitu. Kemudian, aku ke Red.Com pula yang juga terletak di Ipoh Bistari. Jawapan yang sama juga diberikan. Memandangkan Tesco terletak berdekatan, maka aku ke sana pula selepas itu dengan tujuan yang sama. Aku kecewa lagi kerana kartrij jenis itu juga sudah kehabisan.
Dengan sisa-sisa harapan yang masih tinggal, aku pun kembali ke kedai komputer PCG semula. Mujur kali ini 'parking' mudah dapat malah betul-betul di hadapan kedai komputer itu sendiri. Alhamdulillah, akhirnya berjaya jugak aku perolehi kartrij yang sudah jenuh aku cari. Harga kartrij original ialah RM27.00 manakala kartrij biasa berharga RM8.00. Aku membeli kartrij original kerana aku tak mahu bersusah payah sekali lagi sekiranya kartrij biasa gagal berfungsi.
Seperti sudah menjadi lumrah, apabila benda yang kita hendak dan cari di kala memerlukan... memang susah sangat nak jumpa benda itu. Tetapi bila kita tak cari, memang mudah untuk menjumpainya. Aku sendiri tak tahu nak komen macam mana. Adakah ianya sekadar kebetulan? Mungkin ianya ujian dari Yang Maha Esa untuk menguji tahap kesabaran kita.

No comments:
Post a Comment