Follow us

11 February 2010

Masa Untuk Mc Donald

Petang semalam aku menjemput isteri di stesen keretapi Ipoh kerana beliau bercuti setelah beberapa hari 'night shift'. Beliau bercuti sehingga hari Sabtu. Kali ini beliau balik dengan menaiki keretapi pula.

Memandangkan beliau pun sedang lapar kerana belum makan sejak pagi kerana ingin makan bersama aku, maka aku pun membawa beliau ke Restoran Mc Donald di Jalan Sultan Azlan Shah untuk makan. Dah agak lama kami tidak ke sini. Kali terakhir datang ke sini pun ketika zaman sebelum kahwin dulu.

Memandangkan aku masih lagi kenyang kerana baru lepas makan tengah hari, maka aku mengusulkan kepada isteri aku supaya berkongsi makanan sahaja. Justeru itu aklu hanya memesan makanan ringan  berupa 'french fries', 'sundae', 'apple pie' dan 'coke' sahaja. Isteri aku pula memasan 'prosperity burger', 'nugget', 'curly potato fries' dan 'light coke'.

Seronok juga makan di sini kerana suasananya yang selesa dan nyaman. Restoran Mc Donald akan dibina di Sunway City. Jadi semakin hampir dengan rumah aku. Bolehlah makan di Mc Donald selalu nanti. Hehe...

1 comment: