Isteri bekerja 'shift' petang pada hari ini. Jadi sebelum beliau pergi kerja kami telah makan tengah hari di Restoran Seri Bidara sekali lagi. Agak banyak juga hidangan tengah hari yang disediakan oleh restoran ini sehingga tak tahu untuk memilih lauk yang mana untuk di makan.
Lauk kegemaran aku ialah ikan keli. Tak kisahlah apa jua jenis masak pun asalkan ianya ikan keli pasti menjadi sasaran aku terlebih dulu. Bagi aku rasa ikan keli ini agak manis. Jika dihidangkan antara daging ayam dan ikan keli, pasti aku akan memilih ikan keli.
Isteri pula hanya memilih menu biasa, iaitu nasi ayam. Aku pun tak pasti bagaimana rasa nai ayam di restoran ini. Tapi rasa hidangan masakan Melayunya begitu memuaskan. Di samping, sayur-sayuran yang dimasak, terdapat jugak pelbagai jenis ulam-ulaman dan sambal yang menepati selera tekak ini.
Kepada anda yang berkunjung ke Bandar Sunway, sila jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan tengah hari di Restoran Seri Bidara. Promo!

No comments:
Post a Comment