Sebentar tadi baru saja 'pekena' roti pisang dan teh tarik di kedai mamak yang terletak di bawah Hotel Sun Inns ini. Setelah berada agak lama di dalam bilik dengan suhu 'air-cond' diset ke paras kesejukan maksimum, iaitu 16 darjah selsius, maka aku pun mengalami kesejukan yang belum tahap hyportemia lagi.
Sayugia, aku pun terdetik untuk memanaskan badan aku dengan teh tarik. Sedap betul rasa teh tarik tadi sementelah kesejukan. Roti pisang? Sebenarnya rakan aku bernama Zakhiri yang memperkenalkan roti pisang kepada aku suatu ketika dulu (ketika zaman belajar di UiTM Shah Alam).
Lantas teringin aku untuk mencuba selepas itu. Memang lazat rasa roti pisang. Aku tak pasti pisang jenis apa yang digunakan. Tapi kalau tak silap aku rasanya seakan-akan pisang abu. Pisang abu memang sedap jika dibuat kerepek pisang, pisang goreng, cucur pisang, lempeng pisang dan juga pengat pisang. Aku yakin pisang abu juga sedap untuk dibuat roti pisang.
Kepada En. Zakhiri Bin Musa, terima kasih kerana memperkenalkan roti pisang kepada aku. Hehe...
No comments:
Post a Comment