Petang tadi aku bersama adik bongsu aku telah pergi ke KTM Corner di Tanjung Rambutan. Sebagaimana ditunjukkan pada gambar di atas, aku pun kurang pasti bagaimanakah kronologi stesen keretapi tersebut sehingga berubah menjadi kedai makan.
Sebenarnya sejak dari semalam lagi aku teringin untuk makan mee kari di situ. Jadi sebab itulah pada petang tadi aku ke sana. Nak pergi makan berseorangan rasa macam kurang seronok pulak, maka dengan itu aku bawa adik bongsu aku untuk menemani.

Bak memenuhi keinginan aku maka telah aku pesan mee kari dan minuman separa ruji, iaitu kopi 'o' ais manakala adik aku pula memesan nasi ayam dan teh 'o' ais. Aku tak tahu bagaimana rasanya nasi ayam yang adik aku makan, jadi aku tak boleh nak komen tentang itu. Rasa mee kari pulak boleh aku 'rate' sebanyak 3 setengah bintang.
Di lain masa, aku ingin makan mee kari di persimpangan Batu 8 pulak kerana aku berpendapat rasa mee kari di situ adalah 'the best' setakat ini.
No comments:
Post a Comment