Pada hari Jumaat bertarikh 12 Feb. 2010, aku menerima panggilan telefon dari 'second boss' menjemput aku untuk hadir pada majlis BBQ pada 19 Feb. 2010 jam 8.30pm yang dianjurkan oleh Bahagian beliau di Pos Slim, iaitu suatu lokasi di jalan ke Cameron Highland.
Aku pun memaklumkan bahawa aku akan hadir. Jadi, aku pun telah 'arrange' dengan 'driver' untuk tujuan ke sana. Aku juga memaklumkan supaya dijemput beberapa kakitangan lagi supaya dapat memeriahkan lagu majlis BBQ tersebut.
Kami sampai agak lewat, iaitu sekitar jam 9.00pm kerana terdapat panggilan di saat akhir yang meminta aku untuk membeli kek sempena hari jadi 2 orang kakitangan Bahagian 'second boss' aku itu.
Agak ramai juga kakitangan yang hadir pada majlis BBQ tersebut. Tapi apa yang paling membuatkan kami terharu adalah majlis dimulakan sebaik sahaja kami sampai. Layanan yang diberikan memang 'tip top'. Makanan yang dihidangkan juga amat banyak sehingga tak terlarat untuk menghabiskannya.
Ada ikan kerapu goreng, ikan keli/talapia bakar, ayam masak rempah, kambing bakar, udang masak salai dan bermacam-macam lagi sehingga tak ingat aku. Semua makanan itu hanya dimakan oleh 4 orang. Aku percaya makanan sebanyak itu adalah untuk 6-7 orang.
Dengan kedinginan angin yang menghembus membuatkan suasana seperti berada di 'oversea'. Lantaran itu ramailah yang mengelilingi unggun api untuk memanaskan badan.
Semoga di masa-masa akan datang diadakan lagi majlis BBQ seperti ini. Ianya begitu menyeronokkkan. Terima kasih diucapkan kepada yang menjayakan majlis BBQ semalam.
No comments:
Post a Comment