Follow us

02 February 2010

Ini Sepatutnya Menjadi Jalan Sehala

Ketika menemani isteri ke klinik di Fair Park, aku telah berjalan-jalan di kaki lima kedai-kedai sebaris klinik tersebut. Lalu dengan tidak semena-mena mata aku terpandang dengan 'design' jalan yang agak pelik.

Aku bukanlah hebat tentang jalan tapi aku mempunyai pengalaman membuat jalan ketika bekerja dengan kontraktor suatu ketika dulu. Jalan lorong tepi kedai kebiasaanya di 'design' dengan kelebaran 3.25m - 3.65m untuk 1 'lane'. Namun, jalan tersebut telah di bahagi dua. Ini bermakna lebar untuk 1 'lane' bagi jalan tersebut ialah 1.625m - 1.825m. Aku amat yakin, lebar sebuah kereta sudah hampir menyamai lebar 'lane' jalan tersebut.
 
Pada pendapat aku, 'design' untuk jalan tersebut sudah betul tapi mengalami kesilapan pada 'road marking'. Sepatutnya jalan tersebut hanya dibuat untuk sehala dan amat tidak sesuai untuk 2 hala sebagaimana sekarang kerana ia boleh mengundang kecelakaan. 'Road marking' seperti garisan pembahagi jalan dan garisan berhenti tidak sepatutnya dibuat pada jalan tersebut.

Apapun, mungkin disebabkan keadaan kawasan yang sememangnya agak sesak dengan kenderaan telah menyebabkan keadaan jalan yang sepatutnya sehala telah menjadi 2 hala. Aku hanya memberi komen dan mungkin ada di antara anda yang boleh membuat aduan kepada PBT tentang jalan-jalan yang boleh mengundang kecelakaan.

No comments:

Post a Comment