Kebiasaannya pada hari Rabu (malam) aku akan bermain badminton. Tetapi atas ajakan seorang kawan berbangsa Tionghua maka aku terpaksa batalkan aktiviti bermain badminton aku pada malam tersebut kerana beliau begitu beria-ia untuk mengajak aku makan malam.
Maka kami bersama rakan-rakan yang lain telah ke Restoran MP yang terletak di Jalan Chin Choon Sam di Greenhill. Misi utama adalah untuk makan 'steamboat'. Banyak jugak lauk-lauk segar di 'steamboat' kan. Bak kata orang, apa yang restoran sajikan semuanya dicuba rasa. Kalau tak rasa nanti menyesal pulak.
Memang puas jugak makan di sini kerana hidangannya yang segar walapun bukan dari ladang. Hehe... Aku mengambil kesempatan untuk makan udang dengan banyaknya kerana aku gemar memakan udang. Tambahan pula bukan selalu untuk berkunjung ke restoran sebegini. Jadi, masa-masa emas dan berlian macam inilah untuk 'mentekedarah' bak kata orang Perak dengan hidangan yang dibelanja orang ini. Hehe...
Harga makanan di sini bergantung kepada jenis menu yang dipesan jugak. Harga 'steamboat' adalah RM28.80 untuk sekepala dan ianya memang berbaloi kerana boleh makan sehingga kenyang sekenyang-kenyangnya. Harga itu termasuklah pelbagai jenis air minuman dan pencuci mulut. This is very nice place to eat steamboat.
Thank you Ah Heng for this special dinner. I wish you Happy Chinese New Year and Gong Xi Fa Chai.

No comments:
Post a Comment