Kelmarin isteri aku telah buat satu menu yang aku kira biasanya di makan oleh "omputih". Menu tersebut dipanggil 'salad'. Aku pun tak pasti mengapa ianya dipanggil begitu. Mungkin disebabkan banyak bahan-bahannya terdiri dari sayur-sayuran yang tidak perlu dimasak.
Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat menu tersebut adalah salad, lobak merah, kubis ungu, 'baby tomato', 'chicken popcorn', 'potato wedges' dan mayonis. Cuma 'chicken popcorn' dan 'potato wedges' sahaja yang digoreng. Selebihnya dimakan mentah macam ulam. Rasanya memang sedap. Cubalah resipi ala-ala "omputih" ini.
Pada sebelah malamnya seperti biasa aktiviti malam Rabu adalah bermain badminton. Kali ini isteri menemani aku bermain badminton kerana kebetulan beliau cuti pada hari tersebut. Selepas selesai bermain badminton, kami bercadang untuk makan koew teow / bihun sup di dataran Ipoh tetapi gerai yang biasa kami kunjungi tutup pula. Maka kempunanlah kami untuk makan koew teow / bihun sup pada hari tersebut.

Maka sudahnya kami pun memandu pulang sajalah. Di dalam perjalan balik kami singgahlah di Restoran Tomyam Sup Power di Batu 5 Tambun. Aku memesan koew teow tomyam tapi malangnya koew teow sudah habis maka diganti dengan mee dan jadilah mee tomyam. Itu adalah kali pertama aku makan mee tomyam. Rasanya tak boleh nak digambarkan kerana anda cubalah sendiri kalau nak tahu macam mana rasanya.
Isteri aku pulak memesan maggie goreng. Seperti biasa beliau gemar minum sirap bandung sekarang ini. Aku pulak dengan minuman ruji aku, iaitu kopi 'o' panas yang sudah tak berapa panas. Berapa aku nak 'rate' untuk restoran ini? Aku tak boleh nak 'announce' di sini kerana sebab-sebab tertentu.

No comments:
Post a Comment