Follow us

15 January 2010

Kad Poket Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan


Kad ini diterima beberapa hari setelah menjadi pelajar di ITM Perlis pada ketika itu. Kad ini adalah untuk kegunaan ketika meminjam buku di perpustakaan Dato' Jaafar Hassan ITM Perlis. Aku tak berapa pasti sama ada kad ini masih digunakan selepas ITM berubah menjadi UiTM kerana aku sangat jarang meminjam buku di perpustakaan.

Fungsi kad poket ini ialah kad pada buku yang dipinjam akan dimasukkan ke dalamnya dan diserahkan kepada pengawas perpustakaan untuk rekod. Tapi apa yang aku ingat adalah aku kerap didenda kerana lewat menghantar pulang buku yang dipinjam. Seingat aku jika lewat sehari dendanya adalah RM0.20. Kelakar pulak tengok gambar aku di zaman muda-muda dulu. Kurus aje tapi sekarang mungkin dah berisi sikit.

2 comments:

  1. Kad keahlian Perpustakaan Dato' Jaafar Hassan dah lain dah.

    Nampak nya tuan mempunyai koleksi penyimpanan barangan lama yang baik. Saya kagum.

    Ahmad Akmal Mohd Idris

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete