Follow us

09 January 2010

Kembali Memblog New Episode

Salam buat teman-teman sekalian.

Setelah sekian lama menyepikan diri dari dunia blog, kini aku ingin kembali berjinak-jinak semula dengan medium canggih ini. Penulisan blog bukanlah baru bagi aku kerana aku telah memulakannya sejak tahun 2005 lagi namun disebabkan beberapa faktor yang tak dapat aku ceritakan maka aktiviti menulis blog aku terhenti untuk suatu jangka masa yang panjang.

Kini, setelah 4 tahun berlalu dan bersempena awal tahun baru 2010 ini, ianya seperti azam baru bagi aku untuk memulakan kembali apa yang telah lama aku tinggalkan.

Ianya mungkin kerana aku baru saja mendirikan rumah tangga dengan pilihan hati aku dan mungkin ada banyak cerita suka dan gembira yang ingin aku kongsikan bersama teman-teman dan sahabat handai sekalian.

Sehubungan dengan itu, nantikanlah cerita-cerita dari aku yang pastinya menarik dan ditunggu-tunggu. Hehehe....

Wassalam.

No comments:

Post a Comment