Follow us

30 January 2010

Traffic So Jammed

Semalam merupakan hari yang paling 'jammed' di Ipoh. Selepas 'having some discussion and talk" dengan En. Faizal yang akan bertukar ke Seberang Perai, aku bersiap untuk balik.

Aku memilih untuk melalui Jalan Kuala Kangsar kerana jalan biasa yang selalu aku lalui, iaitu  Jalan Padang Tembak (berdekatan dengan Gunung Churo) agak sibuk kerana persiapan untuk Hari Thaipusam yang akan dirayakan oleh penganut Hindu. Jadi banyaklah khemah-khemah di pasang di sepanjang jalan itu. Namun, Jalan Kuala Kangsar juga tidak kurang sibuknya. Lama jugak aku tersangkut di situ. Sudah macam suasana 'jammed' di Kuala Lumpur lagaknya.

Aku bercadang untuk masuk ikut Lebuhraya PLUS dan keluar ikut simpang Jalan Tambun tapi terpaksa meneruskan dengan laluan Jalan Kuala Kangsar kerana aku bercadang untuk singgah di Bank CIMB di Bercham. Ternyata laluan yang aku pilih itu amatlah 'jammed' nya. Hampir 45 minit aku tersangkut di Jalan Kuala Kangsar. Kemudian, aku memilih Jalan Sultan Azlan Shah Utara untuk ke Bercham dari Tasek.

Jalan Sultan Azlan Shah Utara juga mengalami kesesakan yang luar biasa. Kenderaan berbaris panjang untuk melepasi lampu isyarat. Dengan 'chain accident' yang berlaku di antara beberapa buah kenderaan menambahkan lagi kesesakan yang sudah sedia ada. Tapi yang paling aku bengang adalah ketidakpekaan kontraktor yang membuat kerja-kerja membaiki 'manhole' di kala ramai kenderaan bersesak-sesak pulang dari kerja. Mengapa tidak buat kerja penyelenggaraan pada hari Sabtu atau setidaknya memilih bukan waktu puncak?

Selepas hati aku 'panas' dengan kesesakan yang luar biasa itu, sampailah aku di Bank CIMB lokasi yang dituju. Namun, sekali lagi aku panas kerana mesin ATM tersebut tidak boleh untuk mengeluarkan duit. Sudahlah aku perlu menjelaskan pelbagai ansuran bulanan pada hari itu juga tapi mesin ATM pula buat hal. Mujurlah aku masih mempunyai sifat sabar yang tinggi.

Kesimpulannya, entahlah... aku pun tak tahu nak simpul macam mana. Otak aku yang bersimpul ada la. Haha...

No comments:

Post a Comment