Follow us

25 January 2010

'Ipeng' In Memories


Pada tanggal 25 Januari 2010 lebih kurang pukul 7.30pm, 'Ipeng' telah pergi meninggalkan kami kerana penyakit mulut yang dihadapinya. Ternyata penyakit mulut ini begitu berbahaya kerana telah mengakibatkan 3 ekor kucing peliharaan aku mati dalam tempoh seminggu. Walaupun telah disuntik dengan antibiotik, namun ianya masih belum berupaya untuk menyembuhkan 'Ipeng'.

Ketika aku balik dari kerja tadi lebih kurang pukul 6.30pm, aku ke bilik adik untuk menjenguk keadaan 'Ipeng'. Ternyata keadaan 'Ipeng' saat itu amat lemah. Aku mengusap kepala dan badan 'Ipeng'. Aku dapat rasakan badannya semakin sejuk dan mengeras. Aku tahu 'Ipeng' akan mati. Terimbas kembali beberapa hari yang lalu semasa 'Ipeng' masih sihat. Ketika itu aku sedang menonton tv di ruang tamu sambil berbaring, dan tiba-tiba 'Ipeng' ingin duduk di badan aku namun aku segera menolaknya turun. Mungkin itu sebagai petanda 'Ipeng' ingin bermesra dengan aku seolah-olah tahu ajalnya kian hampir.


'Ipeng' telah dibawa dari Kolej Kejururawatan Bukit Merah tempat adik aku belajar. Berpandukan pada susuk tubuh fizikalnya, aku mengagak usianya pada ketika itu sekitar 4 bulan. Kini, setelah hampir 2 tahun 'Ipeng' bersama kami, telah tiba masa untuk 'Ipeng' pergi meninggalkan kami. Agak terlalu muda usianya namun ajal tidak memilih usia. Orang yang paling sedih dengan kematian 'Ipeng' tentulah adik perempuan aku kerana beliau telah membela setiap kucing di rumah ini dengan penuh rasa sayang. Kami sekeluarga akan sentiasa merindui 'Ipeng'. Terima kasih kerana menceriakan keluarga ini dengan keletahmu walaupun untuk seketika.

No comments:

Post a Comment