Follow us

24 January 2010

Penyakit Mulut Kucing

Baru-baru ini 3 ekor kucing aku telah diserang penyakit mulut di mana mulut kucing akan berbau busuk dan menyebabkan kucing hilang selera untuk makan. Ini boleh menyebabkan kucing menemui ajal.

Pada  19 & 21 Januari 2010, kucing aku bernama 'Degil' dan 'Lembut' telah mati disebabkan penyakit mulut ini. Aku pun kurang pasti bagaimana penyakit ini boleh menyerang kucing-kucing aku sedangkan kucing-kucing aku itu hanya bermain di dalam rumah sahaja. Adik aku merupakan orang paling sedih kerana beliau telah membela kucing-kucing tersebut sejak dari kecil lagi.


Kali ini kucing aku bernama 'Ipeng' juga telah dijangkiti penyakit tersebut. Justeru itu, aku dan isteri telah bertindak untuk menghantar 'Ipeng' ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah untuk mendapatkan rawatan kucing. Sehingga ke hari ini kondisi 'Ipeng' masih belum sihat. Namun, pegawai veterinar telah memberi suntikan dan kapsul antibiotik untuk 'Ipeng'.


Kepada sesiapa yang menghadapi permasalahan kucing yang sakit sebegini, segeralah mendapatkan rawatan untuk kucing tersebut dengan segera dan sewajarnya. Ini adalah kerana sekiranya kucing tersebut tidak mendapatkan rawatan dalam masa 2 hari, kemungkinan besar kucing tersebut akan mati kerana ketidakupayaan untuk makan.  Justeru itu, dengan pengambilan ubat-ubatan akan membolehkan kucing yang mengalami penyait sebegini untuk bertahan. Aku berharap semoga 'Ipeng' akan segera sembuh.

No comments:

Post a Comment