Follow us

24 January 2010

My Time During Construction Of Pavilion KL

Ketika sedang mencari pekerjaan selepas tamat belajar, aku telah ditawarkan dengan satu pekerjaan oleh sebuah syarikat beralamat di Puchong, Selangor. 'Managing Director' syarikat telah beri aku 'task' di tengah-tengah pusat bandar KL di mana syarikat  tersebut telah dilantik sebagai sub-kontraktor untuk 'installation of starter bars'. Setelah ditinjau maka ianya adalah Projek Pavilion KL dan merupakan projek mega dengan kos melebihi setengah billion ringgit.

Aku agak bertuah kerana telah terlibat dalam projek tersebut sejak dari 'basement construction' lagi tatkala aku masih 'fresh' dalam dunia pembinaan ini. Aku telah bekerja di tapak pembinaan Pavilion KL sejak bulan Mac 2005 sehingga September 2007 sebelum aku ditempatkan di tapak lain oleh boss aku. Aku banyak belajar keadaan di tapak ketika bekerja di sana.

 

Walaupun aku tidak dapat melibatkan diri sehingga projek selesai, namun aku begitu berpuas hati kerana 'golongan muda' seperti aku pada ketika itu dapat bekerja untuk projek mega yang amat jarang diberikan kepada golongan yang kurang berpengalaman. Dari pengalaman yang ditimba dari projek tersebut, telah memudahkan aku untuk bekerja di tapak projek yang lain.

No comments:

Post a Comment