Follow us

31 January 2010

My Wife Bought Me A Badminton Racket

Pertama sekali aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada isteri tercinta kerana membelikan aku sebatang raket badminton. Raket badminton tersebut berjenama Yonex Muscle Power 630 Control, dihasilkan dengan 'Titanium Mesh / High Modulus Graphite Shaft'.

Raket badminton tersebut mempunyai gabungan warna perak, merah dan hitam. Aku telah memilih 'string' berwarna putih atas nasihat isteri supaya ianya kelihatan lebih 'suite' dengan bingkainya. Aku juga telah memilih untuk 'string tension 26 lbs' dengan 'string' jenis BG80 dengan ketebalan 0.68mm supaya 'smash' lebih padu walaupun tahap permainan aku cumalah amatur.

Semuanya berharga RM249.00 termasuk sarung raket. Aku berharap dengan pemberian istimewa daripada isteri aku ini akan menambahkan aura dalam kemajuan permainan badminton aku ini.

Sebenarnya, aku tidak berhajat untuk membeli raket badminton yang baru kerana aku sedar harga untuk raket badminton yang bagus tidaklah murah. Tapi, memandangkan raket badminton aku baru saja 'kecurian' di gelanggang baru-baru ini menyebabkan aku sudah tidak mempunyai raket untuk bermain. Mungkin disebabkan itu isteri aku bertindak membeli sebuah raket badminton yang baru untuk aku.

Aku tidak pasti sama ada raket lama aku 'dicuri' atau 'terambil' oleh pemain badminton yang lain. Aku berharap sesiapa yang 'terambil' raket badminton aku itu dapat memulangkannya semula kerana raket tersebut sudah berusia hampir 15 tahun. Raket tersebut telah digunakan oleh bapa aku dan diperturunkan kepada aku. Amatlah sedih kiranya warisan dan khazanah berharga tersebut hilang.

Aku berharap semoga di dalam dunia ini masih ada orang yang jujur dan amanah. Amin...

No comments:

Post a Comment