Follow us

30 January 2010

We Having Dinner Last Night

Malam tadi aku, isteri beserta mak dan adik-adik aku telah sekali lagi pergi ke Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung yang terletak di Jalan Ali Pitchay. Sebelum ini aku hanya pergi bersama isteri aku sahaja tapi kali ini aku ingin membawa mak dan adik-adik aku sekali untk merasai kelazatan makanan di restoran tersebut.

Sebenarnya malam tadi secara tiba-tiba sahaja aku dan isteri rancang untuk makan malam kerana pada asalnya kami bercadang untuk menonton wayang 'late night'. Tetapi memandangkan banyak cerita yang berstatus 'SG13' maka rancangan itu terpaksa dibatalkan kerana adik bongsu aku masih berumur 11 tahun. Rancangan menonton wayang telah diubah kepada makan malam.

Kami telah memesan set makanan dengan menu tertentu, iaitu tomyam, ikan siakap goreng 3 rasa, ketam masak kari, sotong masak pedas, daging masak merah, belut masak padped dan kailan goreng ikan masin beserta 2 jug minuman tembikai dan oren. Aku merasakan jika memesan menu berset macam ini lebih menjimatkan berbanding pesanan sepinggan.

Walaupun harga makanan agak mahal tetapi aku berpuas hati kerana kelazatan makanan yang disajikan. Bukan hanya lazat tapi aku dan family juga berasa kenyang dek kerana hidangan dengan bermacam-macam jenis lauk. Seandainya mempunyai rezeki lebih akan aku bawa family aku ke restoran ini lagi.

No comments:

Post a Comment