Follow us

28 January 2010

Farewell Lunch At Syuen Hotel

Hari ini aku 'lunch' di Hotel Syuen. Ini merupakan kali pertama aku 'lunch' di Hotel Syuen. Walaupun aku telah lama menetap di Ipoh, ini juga merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke dalam Hotel Syuen. Hehe...

Selepas selesai menghadiri mesyuarat tapak di Chepor lebih kurang pukul  12.15pm, bahagian/unit kami telah ke Hotel Syuen untuk sesi 'farewell lunch'. Tujuan 'farewell lunch' ini dibuat kerana ketua bahagian/unit daerah bagi jabatan ini, iaitu En. Mohd. Faizal Bin Sahadan akan bertukar ke daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mulai 1 Februari 2010.

Sesi 'farewell lunch' ini bukanlah sponsor daripada mana-mana pihak tapi sumbangan ikhlas dari kakitangan bahagian/unit sebagai penghargaan kepada ketua bahagian/unit yang telah banyak menyumbang jasa dalam pergerakan bahagian/unit pada jabatan.

Terima kasih juga diucapkan kepada Pn. Zainon kerana telah menguruskan 'booking table' di Hotel Syuen. Terima kasih juga diucapkan buat Pn. Norhadzni kerana inisiatif beliau untuk mengadakan 'farewell lunch' ini.

Kakitangan yang hadir ialah: -

Bahagian Bangunan Persekutuan:
En. Faizal, En. Shahran, En. Jamal, En. Azli, Pn. Hadzni, En. Faeez, En. Kesavan, En. Siva, En. Rajan, Pn. Zainon, Cik Veni

Bahagian Tentera
Pn. Roze, En. Mior, En. Safidin, En. Mokhtar,  En. Azri

Unit Kewangan/KUB
Pn. Hadijah, Pn. Puteri

No comments:

Post a Comment