Follow us

10 January 2010

Smart Card During Studying At UiTM



Aku sendiri tak menyangka aku masih lagi menyimpan smart card ini. Tapi aku berbangga bukan sahaja aku produk UiTM tapi juga aku mempunyai sesuatu dari UiTM untuk aku simpan jadikan kenangan.


Ketika aku memasuki UiTM, pada ketika itu UiTM masih menggunakan nama ITM kerana aku menyambung belajar di sana pada Mei 1998. Jika tidak silap aku, ITM berubah nama ke UiTM pada tahun 1999. Maka sebab itulah smart card aku masih lagi menggunakan logo ITM.


Selepas menamatkan Diploma di UiTM Arau, aku menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan yang sama. Memandangkan di UiTM Shah Alam  terdapat terlalu ramai pelajar maka smart card diperolehi agak lewat. Di atas ialah kad sementara yang perlu dipakai sementera menunggu smart card sebenar siap. Kelakar juga melihat gambar masa muda-muda dulu ni.



Setelah menunggu kira-kira setahun atau lebih (aku pun tak berapa pasti) barulah smart card sebenar siap. Di atas ialah smart card tersebut yang mempunyai bar code. Masih aku ingat ketika membuat smart card ini dulu, aku pergi bersama Zakhiri menunggang motosikal ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar. Beratur panjang jugak untuk tunggu giliran. Dan yang tambah peliknya aku buat smart card ini pada waktu malam sekitar pukul 8.00pm - 9.00pm.

No comments:

Post a Comment