Follow us

23 January 2010

The Dinner & Lunch

Pada malam 22 Januari 2010, aku dan isteri telah ke Dataran Ipoh untuk menikmati menu sup di gerai berhampiran. Aku bersetuju untuk mengatakan rasa sup di gerai tersebut memang enak dan power. Justeru itu, ini bukanlah kali pertama kami menikmati sup di gerai tersebut.

Seperti kebiasaan, aku akan memesan kuew teow sup dan kopi 'o' ais manakala isteri aku pula memesan nasi goreng ayam dan teh ais bersama sepinggan keropok sebagai makanan ringan. Menu special di gerai tersebut adalah sup. Jadi, jika dah rasa sekali pasti nak datang lagi ke gerai tersebut.

Pada 23 Januari 2010, isteri aku akan balik ke Bandar Sunway, Petaling Jaya  setelah bercuti selama 2 hari kerana beliau akan bertugas untuk shift malam di Hospital Sunway. Jadi, sebelum beliau balik, kami telah ke Giant Tambun untuk makan tengah hari. Kami memang biasa untuk makan tengah hari di "food court" Giant Tambun.

Di "food court' Giant ini, aku suka untuk memesan Nasi Putih + Ikan Pari + Sotong masak asam pedas yang dibakar di dalam kertas seakan-akan warna aluminium/perak sebagaimana yang ditunjukkan pada gambar di atas. Menu tersebut memang lazat dan menjadi kemestian untuk aku pesan sekiranya makan di situ. Isteri aku pula memesan nasi hot plate black pepper with egg. Menu sampingan pula ialah Ais Kacang Special.

Kepada kawan-kawan yang ingin rasa menu yang aku rasa ini silalah ke Giant Tambun dan Dataran Ipoh (waktu malam shj). Cuba sekali pasti nak lagi. Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment