Follow us

31 January 2010

Minggu Menonton Wayang

Minggu ini banyak dihabiskan dengan aktiviti menonton wayang di TGV Jusco Ipoh. Bermula pada 30 Januari 2010, aku dan isteri telah memilih untuk menonton 'late night show' pada jam 11.20pm  dengan filem 'Tooth Fairy' lakonan Dwayne Johnson atau lebih dikenali dengan panggilan 'The Rock' kerana beliau merupakan bekas ahli gusti WCW.

Filem 'Tooth Fairy' ini sesuai untuk ditonton oleh segenap lapisan masyarakat dan ia lebih menjurus kepada cerita untuk kanak-kanak. Banyak yang tidak logiknya namun banyak mesej berguna yang dapat disampaikan bukan hanya untuk kanak-kanak tapi untuk golongan dewasa juga. Untuk filem ini, aku bagi 'rate' 2 bintang daripada 5 bintang.
 
Aku tertanya-tanya apakah hebatnya filem Adnan Sempat ini? Kedengaran hebat diperkatakan di media cetak mahupun di media elektronik filem ini berjaya mencatat kutipan 'box office' atau pecah panggung. Maka dengan itu, aku pun ingin menyaksikan sendiri kehebatan filem ini.

Memang tak disangkal lagi filem ini memang menarik untuk ditonton. Tahniah diucapkan kepada pengarah filem, iaitu Ahmad Idham kerana berjaya menghasilkan filem yang menarik ini. Bak kata penerbit filem ini, iaitu David Teoh, "Dijamin ketawa sehingga bumbung pun boleh runtuh." Tahniah juga diucapkan kepada pelakon utamanya, iaitu Shahezy Sam kerana berjaya membawa watak dengan amat baik walaupun beliau bukan seorang pelakon komedi. "I don't want banana fruit 2 times" dan "walau muka nampak brutal tapi dalam hati ada taman." Haha... memang kelakar. Untuk filem ini, aku bagi 'rate' 3 setengah bintang daripada 5 bintang.

No comments:

Post a Comment