Follow us

28 January 2010

Makan Chopstick?


Semalam isteri aku balik ke Ipoh kerana beliau bercuti selama 4 hari. Aku memintanya terus pulang ke rumah menanti aku balik kerana aku masih bekerja pada waktu itu. Semalam agak sibuk jadual aku kerana perlu menghadiri mesyuarat sepanjang hari bersama bos. Lebih kurang pukul 5.00pm tiba-tiba isteri aku datang ke pejabat kerana ingin makan bersama aku katanya. Sebenarnya aku tidaklah terkejut sangat kerana aku tahu isteri aku ini suka membuat kejutan dan aku sudah 'expect' beliau akan datang ke pejabat aku. Hehe...

Beliau mencadangkan untuk makan bersama-sama. Setelah difikir-fikir, aku sendiri tidak ada idea di lokasi manakah tempat untuk makan. Beliau mencadangkan supaya makan nasi briani di kedai mamak. Namun aku kurang bersetuju kerana selera aku tiada pada waktu itu untuk makan makanan mamak. Aku lebih suka untuk makan makanan Melayu berbentuk 'ala carte' sebagai 'dinner'. Tapi aku cadangkan kepada isteri aku untuk makan 'chopstick'. What a chopstick? Haha... Sebenarnya aku tersalah sebut, bukan 'chopstick' tapi 'chicken chop'.


Aku telah cadangkan untuk makan 'chichken chop' di Mee Rebus Ramli di Bercham Raya kerana lokasinya berdekatan dengan rumah aku. Terdapat 3 cawangan Mee Rebus Ramli di sekitar Ipoh, iaitu di Pekan Lama, Tasek dan Bercham Raya. Aku selalu berjuadah di Tasek dan Bercham Raya sahaja.

Aku telah memesan 'lamb chop' dan kopi ais manakala isteri aku memesan 'chicken cop', mee rebus dan teh ais. So far, rasa makanannya agak sedap dan kami berpuas hati dengan makanan dan perkhidmatan yang disediakan. Menu istimewa di Mee Rebus Ramli sudah tentunya Mee Rebus. Rasa kuahnya memang  sedap dan mengasyikkan ketika makan.

Kepada mereka-mereka yang datang ke Ipoh tu janganlah lupa untuk rasa mee rebus di Mee Rebus Ramli. Dengan adanya Restoran Mee Rebus Ramli ini menambahkan lagi keistimewaan bandaraya Ipoh. Selamat Makan Mee Rebus!

No comments:

Post a Comment